Temuduga Terbuka di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) – 17 Disember 2020

Temuduga Terbuka 2020 di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk datang ke Temuduga Terbuka di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)

Jawatan:
1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11

Syarat Lantikan: 1. Warganegara Malaysia (rakyat Negeri Terengganu sahaja)
2. Berumur di antara 21 – 45 tahun pada tarikh temuduga
3. Lelaki sahaja
4. Calon hendaklah memiliki kelayakan berikut:
(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(ii) lesen memandu Kelas E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan PengangkutanJalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
(iii) berkebolehan memandu dan mengendalikan semua jenis jentera pemunggah dalam pelbagai saiz dan kekuatan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).
(Syarat Tambahan: Bagi tugas pengendalian kren, calon perlu memiliki Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan).
5. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Cara Memohon:
Borang permohonan HANYA boleh didapati melalui laman sesawang mbkt.terengganu.gov.my dan hendaklah diisi dengan lengkap beserta gambar berukuran pasport atau melalui link yang admin sediakan di bawah.
Pemohon dikehendaki membawa Borang Permohonan beserta sijil-sijil asal dan salinan dokumen yangdisahkan hendaklah diserahkan pada tarikh dan tempat temuduga berikut:

Tarikh:17 Disember 2020 ( Khamis )
Masa:8.00 pagi hingga 10.00 pagi (pendaftaran)
Tempat:Bahagian Kejuruteraan Mekanikal (MBKT)Lot 9707-K, Jalan Gelam ¼,Kawasan Perindustrian Gong Badak,21300 Kuala Nerus, Terengganu

Pemohon diminta berpakaian kemas dan mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka semasahadir temuduga.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui talian No: 09-6271287/09-6271117/09-6271107

Temuduga diadakan pada : 17 Disember 2020 (Khamis)

Sila rujuk iklan selanjutnya melalui link yang admin sediakan di bawah. Selamat maju jaya.


Klik Maklumat Lengkap Iklan

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan