Kerja Kosong Kerajaan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) – 7 Disember 2020

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH
1. PEREKA GRED B41 – 8 Kekosongan

1. Jadual Gaji  Gaji Minimum : RM2,095.00Gaji Maksimum : RM9,87.00Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00  

2. Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis.(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,095.00); atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30).

3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:   Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurufotografi Gred B29/30, B31/32, B37/38 atau B39/40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pereka Gred B41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(e); dan  
(b) had umur pelantikan:  
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau  
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau  
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Syarat Ujian Khas:
Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.   Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.

Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Tarikh Tutup Permohonan : 07 Disember 2020 (Isnin) jam 11:59 malam

Klik Untuk Baca Iklan Lengkap
Klik Deskripsi Tugas Jawatan

Klik Mohon Secara Online