Kerja Kosong di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) – 7 Disember 2020

KELULUSAN MINIMUM:  DIPLOMA

1. PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B29 – 8 Kekosongan
Gaji Minimum : RM1,499.00

Gaji Maksimum : RM5,679.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00  

1. Syarat Lantikan

(a) warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;dan
(c) memiliki:
(i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan;atau
(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;atau
(iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(iv) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia; atau
(v) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
Calon bagi lantikan diperenggan 1(c)(ii),(iii),(iv) dan (v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Syarat Ujian Khas:
Calon dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang kebudayaan sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Suruhananjaya ini.

4. Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan):
1.Antropologi;
2.Antropologi dan Sosiologi;
3.Bahasadan Kesusasteraan;
4.Bahasa dan Linguistik;
5.Bahas dan Linguistik Melayu;
6.Geografi dan Antropologi Dan Sosiologi;
7.Geografi dan Sejarah;
8.Sosial;
9.Kesusasteraan;
10.Kesusasteraan Inggeris;
11.Kesusasteraan Melayu;
12.Komunikasi (Televisyen Dan Filem);
13.Komunikasi dan Pengajian Melayu;
14.Linguistik;
15.Linguistik dan Komunikasi;
16.Linguistik dan Persuratan Melayu;
17.Linguistik Melayu;
18.Linguistik Melayu, Penulisan dan Kewartawanan;
19.Pengajian Melayud an Antropologi/Sosiologi;
20.Pengajian Melayu (Kesenian Melayu);
21.Pengajian Melayu (Seni Dan Budaya);
22.Penulisan Kreatif;
23.Penyiaran dan Perfileman;
24.Sains Kemanusiaan (Sejarah & Tamadun);
25.Sains Kemasyarakatan(Antropologi dan Sosiologi);
26.Sains Sosial (Antropologi dan Sosiologi);
27.Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya);
28.Sains Sosial (Bahas dan Komuniti Silang Budaya);atau
29.Seni Lakon

5. Keperluan Tambahan:
Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan / kelulusan sijil / diploma yang telah diiktiraf oleh senat universiti / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutupi klan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat lantikan [kecuali calon bagi lantikan diperenggan1(c) (i)].

KELULUSAN MINIMUM:  DIPLOMA

2. PENOLONG KURATOR GRED S29 – 3 Kekosongan
Gaji Minimum : RM1,362.00

Gaji Maksimum : RM5,092.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00  

1. Syarat Lantikan
(a) warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;dan
(c) memiliki:
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;atau
(iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia;atau
(iv) diploma dalam bidang seni lukis, senireka, senihalus, senibina, sains, permuziuman, teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Syarat Ujian Khas:
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Muzium adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya ini untuk Peningkatan Secara Lantikan kejawatan Penolong Kurator Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan diperenggan 1(c);dan
(b) had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

4. Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan):
1. Antropologi dan Sosiologi; 
2. Aplikasi Multimedia;
3. Rekabentuk Grafik;
4. Komunikasi dan Pengajian Media;
5. Komunikasi Korporat;
6. Multimedia;
7. Multimedia dan Komunikasi;
8. Pemasaran dengan Multimedia;
9. Penulisan Kreatif dan Deskriptif;
10. Rekabentuk Dalaman;
11. Sains Komputer (Multimedia);
12. Sains Komputer (Perisian Grafik dan Multimedia);
13. Sejarah;
14. Sejarah Seni dan Pengurusan Kebudayaan;
15. Seni Halus (Rekabentuk dan Teknologi MediaBaru);
16. Senilukis dan Senirek a(Senireka Perindustrian);
17. Senireka Grafik Digital;
18. Senibina Dalaman (Interior Architecture);
19. Senilukis / Reka-Grafik;
20. Senilukis / Reka-Tekstil;
21.Teknologi Animasi;
22. Geomatics and Land Surveying Management;
23. Pengurusan Teknikal Senibina;
24. Koordinasi dan Pengurusan Pameran;
25. Operasi Rawatan Kayu; atau
26. Reka bentuk Konsep

5. Keperluan Tambahan:
Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan / kelulusansijil / diploma yang telah diiktiraf oleh senat universiti / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat lantikan.
Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) seluruh negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Tarikh Tutup Permohonan : 07 Disember 2020 (Isnin) jam 11:59 malam

Klik Untuk Baca Iklan Lengkap
Klik Deskripsi Tugas Jawatan 1
Klik Deskripsi Tugas Jawatan 2
Klik Mohon Secara Online