Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) – 2020

Iklan Jawatan Kosong 2020 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR (INTEGRITI DAN PEMATUHAN) GRED N482. PEGAWAI TADBIR (STRATEGIK) GRED N48
Syarat Lantikan Pegawai Tadbir (Integriti dan Pematuhan) Gred N48:

Tahap Pendidikan:Ijazah Sarjana Muda.
Bidang/ Kelayakan:Khusus Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
Atau
Tahap PendidikanIjazah Sarjana Muda kepujian.
Bidang/ KelayakanKhusus Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
Gaji PermulaanRM5,118.00
Syarat Bahasa MelayuKepujian di peringkat SPM/SVM
Bidang KeutamaanSumber Manusia/ Pentadbiran Am/ Pentadbiran Perniagaan/Pengurusan Kewangan/ Pengurusan Am/ Pentadbiran Awam atau yang berkaitan.

Syarat Lantikan TambahanMempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman pengurusan dan tadbir urus awam (sumber manusia, pentadbiran am, pengurusan kewangan, pengurusan hartanah, pengurusan korporat)

Deskripsi Tugas:
Pengurusan Audit
a) Menyelaras tugas Unit Audit RAC;
b) Membuat kajian semula terhadap pengurusan, sistem kawalan dalaman dan pengawasan operasi RAC bagi mengetahui fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan dan peraturan semasa;
c) Mengkaji perjalanan pengoperasian RAC dan pelaksanaan program selaras dengan objektif yang telah ditentukan, dan dilaksanakan sepertimana yang dirancang;
d) Mengemukakan jadual kerja auditan tahunan kepada Pengurusan dan Jawatankuasa Audit untuk pertimbangan dan kelulusan;
e) Melaporkan kepada pihak pengurusan berhubung tindakan di atas sesuatu teguran audit;
f) Memastikan setiap perancangan dan tindakan yang dibuat oleh RAC mengambilkira pandangan audit sebelumnya; dan
g) Menilai semua rancangan dan tindakan yang telah diambil selaras dengan teguran audit.

Pengurusan Integriti
a) Bertindak selaku pegawai CeIO RAC;
b) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;
c) Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
d) Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika di RAC;
e) Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
f) Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

Syarat Lantikan Pegawai Tadbir (Strategik) Gred N48:
Tahap Pendidikan:Ijazah Sarjana Muda.
Bidang/ KelayakanKhusus Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusipengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarafdengannya;
Atau
Tahap Pendidikan:Ijazah Sarjana Muda kepujian.
Bidang/ Kelayakan:Khusus Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji PermulaanRM5,118.00
Syarat Bahasa MelayuKepujian di peringkat SPM/SVM
Bidang KeutamaanPengangkutan, Pentadbiran Awam, Polisi Awam, Pengurusan, Pengurusan Perniagaan, Sains Sosial atau Ekonomi.

Syarat Lantikan Tambahana) Mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan Pengangkutan, Pentadbiran Awam, Polisi Awam, Pengurusan, Pengurusan Perniagaan, Sains Sosial atau Ekonomi.

Deskripsi Tugas:
a) Merancang, menggubal dan melaksanakan pengurusan serta perancangan strategik selaras dengan misi, visi dan objektif yang ingin dicapai;
b) Menyediakan Pelan Strategik RAC bagi memastikan hala tuju RAC memenuhi keperluan industri pengangkutan dan pemegang taruh;
c) Bertanggungjawab merancang pembangunan serta mengenalpasti kaedah bagi penyediaan Indeks Prestasi Utama (KPI) RAC; dan
d) Bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai urusetia mesyuarat Jawatankuasa Strategik dan Pelaburan RAC.

Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui capaian https://apps.rac.gov.my/ejawatan/ LOKASI PEJABAT Perbadanan Aset Keretapi, Tingkat 16, IOI City Tower 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Sepang, Selangor

Tarikh Tutup Iklan
Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020 (Khamis) pukul 12.00 tengah hari. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Pertanyaan
Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8939 0200 atau emel ke hr@rac.gov.my

Catatan Am
i. Calon-calon yang BERJAYA sahaja akan dipanggil untuk temuduga dalam tempoh 6 bulan; dan
ii. TEMPOH SAH LAKU permohonan adalah selama 6 bulan dari tarikh tutup iklan.

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2020 (Khamis) 

Klik disini Untuk Baca Iklan Lengkap 1
Klik disini Untuk Baca Iklan Lengkap 2

Klik disini Mohon Secara Online

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam